Setelah berkali-kali persoalan ini muncul dalam jiwaku,akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil matapelajaran Tasawwur Islam bukan semata-mata untuk SPM saya,sebaliknya demi kebaikan saya kerana saya percaya bahawa matapelajaran ini akan menjadi panduan dalam hidup saya pada masa yang akan datang kerana setiap insan mengakui adanya Tuhan walaupun dia seorang yang tidak beragama.Ilmu-ilmu inilah yang saya perlukan bukan tiba masa untuk saya berlagak di depan kawan-kawan Melayu saya,tetapi dengan tujuan untuk saya menghadapi cabaran hidup atau ujian yang diberikan oleh Tuhan pada bila-bila masa.
Saya tidak dapat menafikan bahawa setiap ajaran agama mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Oleh itu,saya berharap saya mempunyai peluang untuk memahami serta mengaplikasikannya dalam hidup saya supaya saya berasa hidup saya seolah-olah 'berhidup'dan menarik.Walaupun saya bukan berasal daripada keturunan Melayu,tetapi saya tetep mempunyai rasa ingin tahu tentang adat resam kaum Melayu di negara kita serta ajaran dari aspek asas pemikiran Islam,pandangan hidup Islam dan sebagainya.Walaupun ibu saya pada mulanya tidak setuju saya berbuat demikian,tetapi akhirnya dia akur dengan kehendak saya bahawa anaknya pasti akan melakukannya serta menggunakan ilmu-ilmu ini ke arah kebaikan.
saya berasa syukur kepada Tuhan kerana saya mempunyai ahli keluarga yang sentiasa akan mendorong serta memberi sokongan dan galakan kepada saya.
Friday, October 2, 2009
Why I study Tasawwur Islam...
Info Bestari:
Saya selalu menghargai agama Islam setinggi-tingginya kerana kemampuannya yang sangat menakjubkan.Agama Islam satu-satunya agama menurut pendapat saya,mempunyai kemampuan yang mencakupi segala perubahan alam yang menjadikan agama ini dapat dilaksanakan setiap zaman.
-George Bernard Shaw,Ahli fikir Inggeris-
Posted by chua pei yee at 7:08 AM
Labels: Chua (2 October 09)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
saya berasa awak adalah seorang yg mempunyai pemikiran yg sgt jelas dan jiwa yang begitu luhur ....
Post a Comment