Sebenarnya,janji itu bukan sesuatu yang harus menjadi kemestian atau wajib untuk dilaksanakan bagi kedua-dua pihak yang terlibat semasa membuat perjanjian.Sebaliknya ia melambangkan sama ada ketulusan hati manusia yang berpegang kepada janji atau kezaliman hati manusia yang 'talam dua muka'.Maka,saya seorang yang telah berjanji kepada seseorang yang saya sanjungi kerana beliau yang selama ini menunjukkan kasih sayang kepada saya serta mengajar saya supaya menjadi seorang insan yang baik walaupun beliau telah meninggalkan saya di simpang perjalanan hidup saya.Oleh itu,saya harus meneruskan perjalanan hidup saya walaupun saya terjatuh atau tiada orang akan memimpin saya dan berpegang tangan saya lagi seperti dahulu apabila saya menghadapi liku-liku kehidupan kelak,tetapi saya akan tetap berdiri tegak serta berani menghadapinya dengan tabah walaupun pipi saya berlinangan air mata serta menunjukkan perasaan yang pilu kerana...
Wednesday, October 7, 2009
Janji...
Janjimu kepadaku akan kujadikan sebagai bayang keberanianku,
janjiku kepadamu akan kumakbulkan pada suatu hari nanti,
maka suatu hari itu akan menjadi titik penghujung hidupku,
sebaliknya titik penghujung itu akan menjadi titik permulaan hidup kita......
Di akhirat............dan hayat yang seterusnya.
Posted by chua pei yee at 9:42 PM
Labels: Chua(8 October 2009)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment