? ??????????????When Life Gives You Lemons? ????? ?? ???Rating: 4.9 (7 Ratings)??0 Grabs Today. 7901 Total
Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (11 Ratings)??0 Grabs Today. 17746 Total Grabs. ??????Preview?? | ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 3, 2009

How can I forgot myself?

Hari ini,tiba-tiba seorang cikgu BM dari sekolah rendah saya menelefon saya bukan sekadar untuk mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN KUIH BULAN',tetapi untuk mengambil berat tentang kehidupan saya di alam sekolah menengah.Setelah saya imbas kembali tentang perkara-perkara yang telah berlaku di bawah bimbingan Cikgu Siti,akhirnya saya sedar bahawa cikgulah yang membimbing saya sejak tahun 4 untuk melatih saya menjadi pemidato yang dapat mengharumkan nama sekolah.Setelah saya menghadapi cabaran yang terpaksa berdiri di atas pentas tanpa perasaan takut dan gementar seolah-olah saya berdiri di medan peperangan yang terpaksa bertindak berani di depan musuh walaupun perasaan yang takut menghantui jiwa dan mindaku.Akhirnya,saya tidak mengecewakan diri saya,keluarga,Cikgu Nizam dan Cikgu Siti yang sentiasa memberi tunjuk ajar bagi menghadapi pertandingan pidato yang diadakan di peringkat sekolah.Walaupun saya mendapat tempat ketiga,tetapi banyak ilmu serta pengalaman yang dapat saya peroleh bukan sekadar saya maju dalam matapelajaran Bahasa Melayu,malahan saya dapat berdepan dengan rintangan yang menakutkan dengan tabah dan akan dijadikan pengajaran dan kenangan dalam meniti kehidupan pada masa akan datang.Oleh itu,saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan tunjuk ajar yang tidak ternilai yang telah dicurahkan terhadap saya.Saya akan menghargai jasa dan pengorbanan cikgu-cikgu untuk selama-lamanya.
Oh,saya ialah sekadar seorang insan yang telah mengalami ujian yang diberikan oleh Tuhan.Apa yang yang peroleh ialah:
kenangan serta pengalaman tanpa sebarang kekesalan...
Saya berharap saya akan mengingati semua ini pada saat-saat akhir HIDUPKU............
Setelah mengimbas kembali semua ini,saya berasa terkejut kerana perkara yang telah saya alami tidak dapat diulang semula sekiranya saya diberikan peluang yang mencuba sekali lagi.Saya bangga akan diri saya yang sanggup menunjukkan keberanian saya dalam mengharungi ujian Tuhan yang akan membawa kepada kenangan yang dapat terpahat di hatiku.
PERKARA YANG TELAH BERLAKU TIDAK DAPAT DIULANG SEMULA KERANA SEMUA INI DATANG PADA MASA YANG TEPAT DAN TIDAK DAPAT DIDUGA OLEH SEMUA INSAN KECUALI........TUHAN YANG MAHA ESA....

0 comments: