? ??????????????When Life Gives You Lemons? ????? ?? ???Rating: 4.9 (7 Ratings)??0 Grabs Today. 7901 Total
Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 3.9 (11 Ratings)??0 Grabs Today. 17746 Total Grabs. ??????Preview?? | ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 3, 2009

Seorang insan yang sama dengan saya

Sabtu,hari ini agak sibuk kerana ada tuisyen .Selepas balik dari tuisyen,saya singgah di rumah kawan yang saya sangjungi kerana dia merupakan seorang pelajar yang gigih dan sentiasa berusaha dalam tugasan yang diberikan oleh cikgu.Oleh itu,saya sangat gembira kerana dia merupakan ahli kumpulan yang akan 100% memberi bimbingan dan menyumbang pendapat dalam kumpulan kami.Saya percaya bahawa kami akan dapat menghasilkan esei yang terbaik disebabkan jiwa kami yang sanggup serta rela mengarang sehingga lewat malam .Mungkin kamu akan hairan kenapa kami bertungkus-lumus serta sangat serius dalam meniti kehidupan seorang pelajar atau demi kerja rumah yang diberikan oleh guru di sekolah...Jawapan kami sangat mudah dan ringkas semacam 'Life',iaitu kami takut dengan perasaan KESAL yang seram dan menakutkan dalam hidup kita .Perkara menarik yang telah berlaku akan menjadi kenangan pada hari esok.Manakala perkara sedih yang tidak sempat ditunaikan akan menjadi kekesalan pada seumur hidup.Oleh itu,saya berharap serta berdoa agar saya hidup di alam fana yang seindah ini sebelum saya meninggalkannya sebarang kekesalan.Saya akhiri suara hati saya dengan

Semalam...
yang berlaku kujadikan
kenangan untuk Hari esok.

1 comments:

Brader Burger said...

terbang dgn kepak sakti lagi mudah dari terbang dgn kepak kapas... :)